Friday, 20 February 2015

HALESTORM - HERE'S TO US.

HALESTORM - HERE'S TO US...fav song..hehe


Feast of Gods




 Feast of Gods (2012) 

Drama ini mengisahkan kisah hidup seorang gadis Go Joon Young (Sung Yu Ri) seorang gadis yang mempunyai cita2 untuk menjadi chef terhebat. Joon Young dengan Ha In Joo seorang gadis yang dibesarkan oleh seorang Master Chef Sung Do Hee yang merupakan generasi ke 4 Arirang. Restoran Arirang adalah sebuah restoren makanan Tradisional Korea yang masih menjaga nilai-nilai makanan tradisonal.

Master Chef Sung Do Hee memiliki impian untuk menjadikan In Joo sebagai pemimpin geherasi ke 5 dari Arirang. Walaupun kehadiran Go Joon Young tidak disenangi oleh Master Chef Sung Doo Hee, Go Joon Young sentiasa di beri semangat oleh Pengasas Arirang untuk terus menjadi pelapis di Arirang. Bermula dengan tuduhan ke atas Go Joon Young yang telah mematikan suis peti beku makanan yang menyebabkan semua makanan menjadi rosak. Go Joon Young hampir dihalau keluar oleh Master Chef Sung. Dong Hee tetap tidak berputus asa untuk terus bersama-sama dengan Arirang. 

Menarikkan cerita "Feast of the Gods". Saya memang suka sangat cerita yang melibatkan masakan tradisional korea. Bukan apa suka melihat masyarakat korea yang memang bahan masakannya sangat2 tradisional. Dalam cerita ni kita boleh melihat bertong2 tempayan digunakan untuk membuat sos yang diperam bertahun2. Hebatkan masyarakat korea ni. Malah ada juga bahan makanan yang diperam dalam tempayan yang ditanamkan di dalam tanah. Unik dan menarik. Nak tahu lebih lanjut lagi cerita ni nantikan drama tersebut bersiaran di TV9. 


Sinopsis Credit dr blog Azie-Teratakindah.blogspt


Untuk menonton video cerita Feast of Gods ini, sila click link di bawah ini. Selamat menonton. (Digalakkan mengguna Google Chrome-Sign In ke Account Anda Dahulu)

1. Episod 1